Komen Dan Cadangan
Latihan industri merupakan salah satu landasan yang memberi peluang dan ruang kepada para pelajar untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di Politeknik dalam suasana pekerjaan sebenar. Pilihan Politeknik untuk memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan industri memang sangat baik. Terdapat banyak kebaikan yang dapat dilihat dan dipelajari samada secara fizikal ataupun mental.
Selain itu, pengetahuan dan pengalaman selama praktikal juga menjadi panduan kepada pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan sebenar, malahan dapat juga diaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas. Namun begitu, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh para pelajar semasa menjalani latihan industri. Antaranya, kerja atau tugasan yang diberikan tidak bersesuaian dengan modul yang dipelajari oleh pelajar.

Berikut adalah komen dan cadangan dalam masalah yang timbul sepanjang menjalani latihan industri.
Pihak Pusat Ict.
Terdapat beberapa kelemahan dan kelebihan yang ada bagi pihak organisasi yang perlu dipertingkatkan :
Antara kelemahan yang terdapat pada Pusat ict,Pendidikan Sultan Idris Ini ialah:
Antara kelebihan yang terdapat di Pusat ict,Pendidikan Sultan Idris ini pula ialah:
- Layanan yang diberikan oleh Staf-staf di syarikat ini amatlah baik serta memberi tunjuk ajar apabila ditanya.
- Mereka memberi peluang kepada pelajar praktikal untuk menyertai mesyuarat serta mengikut membuat pertukaran sistem dari oracle kepada open source dengan menggunakan Codeigniter.
Pihak Pelajar
Terdapat beberapa komen kepada pelajar yang akan atau sedang menjalani latihan industri:
Terdapat beberapa komen kepada pelajar yang akan atau sedang menjalani latihan industri:
- Pelajar perlu memilih dan bertanya dengan jelas mengenai tempat yang menerima pelajar latihan industri sebelum membuat keputusan untuk menjalani latihan industri disitu, ini adalah untuk mengelak daripada sebarang masalah semasa menjalani latihan industri. Tetapi jika pelajar sedang menjalani latihan industri dan tempat pelajar menjalani latihan industri tidak memberi tugasan yang bersesuaian dengan bidang pelajar, pelajar harus akur dan sedar bahawa di dalam dunia pekerjaan yang sebenar kadang kala kita akan melakukan pekerjaan diluar bidang kita tetapi kita harus cuba untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
- Pelajar perlu tahu cara pemakaian formal untuk ke tempat kerja. Kebanyakan pelajar latihan industri memakai pakaian yang tidak bersesuaian untuk di pakai ke tempat kerja, masalah ini bukan sahaja memberi impak buruk kepada diri pelajar malah turut memberi kesan kepada nama IPT / IPTS tempat pelajar tersebut belajar.